Sembunyikan Data Anda

8 KomenDimasukkan bawah: Bloggingadmin @ Apr 7, 2008

Aku menyembunyikan data aku menggunakan dua cara. Apa yang membuatkan aku ingin berkongsi ilmu ini adalah kerana ia amatlah kuat sehinggakan setelah di’nyahbersih harddisk kau,folder dan fail-fail tersebut tidak dapat dicari lagi (for advanced user to understand).

Pertama sekali, buat folder pertama dinamakan sebagai “rahsia” atau mengikut pilihan kau sendiri di dalam mana-mana harddisk pilihan kau. Masuk ke dalam folder “rahsia” tersebut dan buat lagi satu folder dan namakannya sebagai “rahsia-1” atau mengikut pilihan kau sendiri.

Yang pertama, kau memerlukan perisian Password Protect USB untuk meng’encrypt folder dan fail-fail kau di dalam pendrive ataupun harddisk.

  1. Install Password Protect USB ke dalam komputer kau.
  2. Pilih subfolder “rahsia-1” atau nama lain yang telah kau beri tadi. Klik kanan pada tetikus dan pilih Lock with Password Protect USB…
  3. Selepas itu kau telah berjaya meng’encrypt folder atau fail-fail kau bagi langkah yang pertama.

Langkah yang kedua, kau memerlukan perisian bernama File & Folder Protector untuk menyekat pengguna daripada memasuk atau mengakses folder dan fail-fail kau tadi.

  1. Install File & Folder Protector ke dalam komputer kau.
  2. Sila set‘kan dahulu kata laluan untuk program tersebut.
  3. Pilih folderrahsia” atau nama lain yang telah kau beri tadi.
  4. Klik kanan pada tetikus, pilih Protect by > Password with context menus

Ini hanyalah idea aku bagaimana menangani masalah manusia yang rajin melihat harddisk aku ketika ketiadaan aku di pejabat. Jika kau mempunyai cara yang lebih mudah dan berkesan, jangan segan untuk berkongsi sama ya!

Di Moscow…

14 KomenDimasukkan bawah: Funnyadmin @ Mar 24, 2008

… Babi jadi binatang peliharaan.

babi01.jpg

Baca lagi…

Jika Homer Simpson Bukan Kartun

12 KomenDimasukkan bawah: Funnyadmin @ Mar 22, 2008

simpson.jpg

In My Mind #07

2 KomenDimasukkan bawah: Bloggingadmin @ Mar 22, 2008

PRU-12
Wow 2 minggu berlalu, masa PRU hari tu aku bertugas, kali pertama bertugas memandangkan aku kerja dengan kerajaan, ia tidak menyeronokkan, di saat akhir sebegini pun dapat lihat duit melayang sana-sini walaupun ia tidak diisytihar sebagai rasuah. FYI, sudah lama aku tidak berminat kerajaan pimpinan Pak Lah semenjak isu jambatan bengkok dahulu. I can’t stand what he said - “jambatan bengkok tidak jadi buat kerana rakyat Johor menyuarakan supaya diberhentikan.” (lebih kurang gini lah ayatnya). Nonsense. Bercakap mengenai politik? Nahh, it’s rubbish. Biar sahaja di dalam hati dan ikut sahaj perkembangan semasa, daripada membebel tak tentu hala dengan ayat-ayat panjang lebar, maki-hamun, kutuk mencaci menampakkan kebodohan kita. (blog begini mudah dicari)

Pucuk Pimpinan Johor
Semua dah tahu siapa menteri besar Johor sekarang. Well, let’s not talk furthermore, merbahayakan kesihatan aku. Yang penting, penggal baru ini, semakin banyaklah hutang kerajaan Johor kerana dot dot dot (cari sendiri). Bila hutang semakin banyak, pekerja terpaksa dibuang secara lembut. Bagaimana? Wujudkan jawatan tetap yang sedikit jumlahnya, dan buang pekerja-pekerja kontrak yang tidak dapat tawaran. (Walaupun ini bukan alasan utama, tetapi ia logik). Banyak hutang - pekerja ramai - duit tiada - buka jawatan tetap yang sedikit - buang pekerja lama - jimat duit. Jabatan aku pun kelihatan agak terumbang-ambing, seperti zaman kegemilangan sudah berlalu. Berdoa sahaja kepada Allah S.W.T supaya dimudahkan rezeki untuk pekerja-pekerja kontrak seperti aku.

Siapa kata servis kerajaan sahaja yang teruk
Terasa bias apabila mendengar orang mengomel pusat kaunter dan apa-apa proses yang berkaitan kerajaan itu teruk. Dah 2 minggu aku berurusan dengan satu bank yang popular, kalau bank yang kurang popular tu, seminggu sahaja prosesnya sudah selesai. Ini dah masuk minggu ke-3 dan tahu-tahu dan kena reject. Dah tu takde pulak buat follow-up.. Akulah yang beriya-iya call mereka. Setiap kali aku call, oo belum approve, setiap kali call, oo masih banyak line up case so aku punya pending. Lembab! Same jelah! Pengurus pergi bercuti lagi ke?? Bercuti ke main game dalam bilik??

No mood for blogging
Entah kenapa sejak dua menjak ni tak terasa nak blogging, rasanya dah 3 kali buat entri baru, tapi semuanya lepas dah habis taip, aku baca balik aku akan delete. Mungkin kerana keselesaan mendapat duit dari pengiklanan secara online? Mungkin juga. Mungkin bosan melihat gelagat di persekitaran. Mungkin juga.

Eii boringlah. Life is so miserable.  Buat yang bertanya khabar tu, thank you for your concern. Aku masih ada cuma tidak menulis, masih lagi online cuma invisible, masih lagi singgah ke blog rakan-rakan cuma di google reader, masih lagi hidup cuma felt miserable.

Bye bye for now.

P/s: pada pendapat kau, antara Nora Danish vs Fasha Sanda. Siapa yang betul? Keh keh keh…

Tags: , , ,

Muka 7 dari 82« First...«4567891011»...Last »