Bukan Manusia Sahaja

4 KomenDimasukkan bawah: Infoadmin @ May 28, 2008

Kanggaro pun pandai membunuh diri

Baca lagi…

di Hack atau #03

3 KomenDimasukkan bawah: Bloggingadmin @ May 25, 2008

Keputusan ICJ mengenai domain aku yang telah hijack sebelum ini ialah aku tidak mendapat hak kedaulatan ke atas domain aku sendiri kerana kekurangan fakta-fakta sejarah. Bermakna aku terpaksa bermula dari bawah untuk menaikkan nama domain yang telah di hijack tersebut. Ada cadangan nama domain yang sesuai?

Pihak Godaddy telah meminta maklumat pengenalan aku serta jabatan aku untuk memutuskan bahawa domain tersebut milik aku. Aku tidak mahu berbuat demikian kerana aku tidak mahu identiti aku tersebar di seberang laut kelak, maka berkuburlah satu daripada domain aku. Tak mengapa, domain hanya RM23 sahaja.

Reason yang menyebabkan aku tidak mahu beralih arah ke hosting lain adalah kerana aku kurang rajin untuk membuat backup 2Gig file aku di hosting godaddy. Anggap ini hanyalah cubaan pertama dan jika ia berlaku lagi (domain hijack) aku akan beralih arah ke hosting lain. Dan yang pasti serta yakin, ia bukan atas kesilapan aku. Kerana unlock domain hanya boleh di buat oleh pengguna domain sendiri dan mereka(pihak hosting) yang menjaga akaun pengguna tersebut. Domain aku di hijack ketika aku cuba mengubah nombor telefon aku di dalam registrar domain tersebut.

25 Mei 08: Memang sahlah domain aku telah di hijack ketika cuba membuat perubahan pada domain registrant, dahulu cuma ada ruangan tandakan “I certify that the specified organization is the legal registrant of this domain”.

Saya Kecewa Dengan Pak Lah

13 KomenDimasukkan bawah: Bloggingadmin @ May 24, 2008

Adakah anda bersetuju Pak Lah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia?

View Results

Loading ... Loading ...

Kelmarin kata, rakyat Johor tidak bersetuju jambatan bengkok diteruskan maka ia dibatalkan! Hari ini kita kalah dalam hak kedaulatan Pulau Batu Putih! Esok, Johor Bahru, Kota Tinggi & Pontian pula mungkin milik Singapura! Sekarang isu Pulau Batu Putih kita WIN to WIN situation, jangka masa panjang siapa yang tahu?!

Dan IDR (Iskandar Development Region) langsung tidak mendatangkan keuntungan untuk Malaysia malah untuk rakyat Johor sendiri! Ingat Pak Lah, apabila baginda Sultan tidak berkenan dengan pembangunan yang akan dijalankan di tanah jajahannya maka malapetaka lah yang akan menimpa! Tak ingat ke kesilapan yang dibuat Muyyiddin Yassin?!

Tak kira berapa banyak duit yang dikumpul untuk saudara-mara, cucu-cicit, anak menantu pak menantu mak menantu. Dosa kepada rakyat tidak terhitung!!!

Petikan dari blog Tun Dr. Mahathir:

Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?

Lagi lama Pak Lah memegang jawatan Perdana Menteri, lagi ramai akan kecewa & benci dengan cara pemerintahan Pak Lah.

Geli Mat (Video Kelakar)

4 KomenDimasukkan bawah: Funny, youtubeadmin @ May 18, 2008

Hadi, pagi ni merdeka. Marilah kita bergembira. Geli.. Maaaaaat!!

Aku gelak besar bila tonton video ni. Muzik video tamil ini di translate ke Bahasa Melayu dan itu yang membuatkannya kelakar tahap gaban. Terdapat banyak lagi video-video yang telah di translate ke Bahasa Melayu. Pergi ke chanel MarilahBerbaikbaik di youtube

Muka 2 dari 82«12345678»...Last »