di Hack atau…
7 Komen Dimasukkan bawah: Blogging — @ May 13, 2008
Aku baru sedar bahawa satu daripada domain aku telah di hack apabila mendapat auto-generated email daripada pihak hosting. Aku pun tidak tahu bagaimana mahu menerangkan. Ia bukan seperti di hack, tetapi di hijack barangkali. Kerana domain registrar aku telah bertukar kepada alamat lain dan ia bukannya di hack menggunakan teknik hacking yang biasa seperti deface mahupun sql injection.
Aku masih menunggu jawapan dari pihak hosting. Perbezaan timezone antara Malaysia dan US membuatkan jawapan yang ditunggu mengambil masa sehari.
Jika lain-lain domain termasuk blog ini menghadapi masalah untuk dimasuki untuk beberapa ketika. Anggaplah ia akan kembali normal pada jangka masa tertentu kerana aku risaukan ia akan melibatkan akaun hosting aku kerana akaun hosting aku juga telah di tukar password.


7 Komen
hoh gangguan seperti ini yang melemahkan aku ni. kena pula jenis malas nak mengusutkan fikiran yang sedia kusut uhuhu.
harapan aku semoga segalanya berjalan lancar!
admin: alhamdulillah berjalan lancar, aku diceritakan di entri akan datang
Domain mana yg kena hack bro?
p/s: ko pi lawatan KL tak minggu ni?
admin: yg
tooot.com.. ala yg aku tunjuk ko tu.. shhhhwoh~ yang tuh. hehehe
tau… tau… =P
kat aku bleh tunjuk tak domain tu..by the way..minta maaf la kalau komen2 kau sebelum nie tak masuk..sebab akismet detect u as a spam
admin: maaf bro, aku mahu ia dirahsiakan & hanya kepada yg rapat dgn aku.. komen ko bukan kena akismet
[...] entri sebelum ini yang bertajuk di Hack atau… Ini adalah [...]
ha’ah eh..domain yang mana?ada banyak eh domain ko..pasnie ada hadiah domain lagi la plak
admin: banyak tu tak la lebih dari 10.. haaa ko kan nak hadiahkan aku domain sempena hari kawin aku.. kekekeke
Wah.. takutnye dengar. Sampai mcm tu sekali. Thanks bro for your comment on my site.
admin: i always read your blog
Komen Anda Dihargai