Reviu: Evolusi KL Drift

19 Komen Dimasukkan bawah: Wayang admin @ Apr 9, 2008

Aku sebenarnya seperti rasa tidak mahu menonton filem ini kerana adanya watak Fasha Sanda setelah gossip murahan yang dia cuba flirt suami Nora Danish. Fasha, you are now out of my list, biaaaaaatch!

Lets cut the crap and review this film. Ouh, rasanya aku tidak perlu membuat reviu filem ini kerana rakan aku, darkz05 telahpun membuat reviu. Aku lebih gemar mengkritik, ya! baca ini, aku lebih gemar mengkritik filem-filem Melayu.

Setelah menonton filem ini, aku berasa bahawa filem arahan Syamsul Yusof ini saling tidak tumpah seperti filem arahan ayahnya Datuk Yusof Haslam. Plot ceritanya sama konsepnya seperti filem-filem ayahnya yang tidak perlu aku senaraikan di sini.

Apa yang hebatnya dalam filem ini ialah, babak drift yang dilakukan tanpa perlu penggunaan teknik CGI seperti yang terdapat dalam filem Impak Maksima. Walaupun filem ini menang dalam penggunaan teknik drift‘nya, aku masih tetap menyatakan bahawa jalan cerita dan watak-watak pelakon dalam Impak Maksima lebih mantap jika dibandingkan dengan filem ini.

Kau boleh menonton, tapi sila pastikan jangan menyesal setelah menontonnya. Walaupun aku agak menyesal menonton filem Evolusi KL Drift ini tetapi aku tidak memaksa pembaca untuk tidak menonton filem ini. Support you local film industries, bluekkk!

19 Komen

  1. ( April 9th, 2008 , 7:06 am ) Fahmishah

    kesian perfileman di malaysia.
    mahu buat suatu kelainan tapi masih tak menepati citarasa.
    agak2nya apa org malaysia mahukan ?

    admin: kite masih jauh ketinggalan..

  2. ( April 9th, 2008 , 11:28 am ) Darkz05

    hehe, tuh la pasal. jalan citer lebih kurang sama jer macam filem yg pernah diarahkan oleh produser filem tersebut. babak drift saja yang hebat. :wink:

    yang lain buwekkkk~ hihi

    admin: aku dgn tunang aku menguap beratus kali!!

  3. ( April 9th, 2008 , 11:32 am ) syamsulariff.com

    dark 05 - ni yg buat aku tunggu somebody kasi citer ni through pendrive nie.. :D

    admin: pendrive 8GB ka?

  4. ( April 9th, 2008 , 12:21 pm ) Wizurai

    cite ni boleh tahan…
    tapi isu cam dadah tu dah bosan sgt nak tengok…
    ada part masa Farid Kamil kena langgar, spoiler keta tu mcm dah hancur, tapi bila adegan kena kejar Syamsul ok aje spoiler tu… konfius…

    admin: aku pulak perasan kereta tu langgar patung

  5. ( April 9th, 2008 , 12:40 pm ) megat

    genre filem aksi yang cuba dipaparkan tapi plot cerita lemah. hanya mengutamakan aksi stunt semata.

    mungkin masyarakat kita suka cerita yang mantap sama ada genre filem dan plot cerita nya.

    admin: aku lebih rela tonton drama kat tv dari tonton filem yg plot ceritanya lemah

  6. ( April 9th, 2008 , 2:25 pm ) mr.eims

    lar…baru cadang nk tengok…
    thx 4 da revieau.. :???:
    klu cenggini..mmg tgk thru pendrive je la.. :oops:

    admin: kalu aku diberi tiket percuma utk menonton kali ke-2, aku buang dlm tong sampah

  7. ( April 9th, 2008 , 4:59 pm ) xmindfreakx

    hahaha…rep…bila ko nak wat drift bersama2 jiran ko yang akan konvert gila2 keta dia itu?hauhauauhau…asik naik keta kerajaan jer…

    heh..citer nie?macam citer sembilu kasih+janji diana….so jadila citer “JANJI DRIFT” ada….uh…

    admin: aku tunggu die tukar enjin dulu.. kkeekekeke… sembilu kasih + janji diana = janji drift, wah satu kombinasi yang men’tarik..

  8. ( April 12th, 2008 , 4:44 am ) kubrick was here

    ha…ha…ha… aku rasa filem ni ok.bagus pembikinannya.memang ada kelemahan tapi terbaik di malaysia untuk genre macam ni.aku respect sinematografi filem ni ada international flavour.terutama bila kamera goyang.selamatkan dari nampak kereta yang banyak berhenti seolah disuruh berhenti untuk tujuan pengambaran.(nanti dengan diorang sekali kena drift) gambar cantik.boleh layanlah sambil makan pop corn

    admin: thanx 4 ur comment, ha baru aku teringat bila ko mention kamera goyang2 tu.. perasan tak adegan bergaduh di carpark tu sblm perlumbaan? fake kan? sakit siol mate gua tengok adegan gado yang mana tumbukan tak kena tu sambil kamera goyang2 mcm pakai handphone, mungkin ini idea pengarahnye.. wallahualam

  9. ( April 14th, 2008 , 9:54 am ) sista

    ‘watak Fasha Sanda setelah gossip murahan yang dia cuba flirt suami Nora Danish. Fasha, you are now out of my list, biaaaaaatch!’

    ~eleh.. flirt… bukan nyer rampas laki si Nora Danish tu, lagi pun kalau si suami tak layan, tak jadi :twisted: …. Ada bukti ke Fasha Sandha yang flirt and not the other way round? :roll: ~

    admin: ala lelaki mane yg tak layan perempuan miang ala2 manje.. bkn yg gedik ye.. maksud aku ala2 manje.. sejarah fasha buktikan segalanye.. fadi kamil, pierre andre, dll yg aku dah tak ingat.. last2 semuenye putih mate awek sendiri dah lari..

  10. ( April 14th, 2008 , 10:47 am ) mohd.syahrul bin rudin

    tak ada yang dapat saya komen coz saya blm tgk lagi!!! :roll:
    admin: dah tengok jgn lupe bagi feedback k

  11. ( April 14th, 2008 , 4:15 pm ) adi

    haha…nasib baik x pegi tgk. ada 2 filem nak tgk sama ada kl drift or L change the world. tp rasanya akan pilih L.

    admin: ya L change The World lagi puas hati jika ditonton berbanding kl drift

  12. ( April 15th, 2008 , 1:44 pm ) liana

    kira okeyla filem nii…
    taklah bodoh sangat.klo nak banding ngan filem luar memangla tak sama standard..
    tapi untuk pencapaian kos ciput hasilnye boleh tahan..
    kamera goyang tapi bunyi & stunt puas hati…
    :lol:

    admin: tak perlu banding filem luar sebab belum layak

  13. ( April 16th, 2008 , 1:10 am ) adib.

    alahai..lori pon…macam tak mau hidup je..ermm…guna laa scania ka atau yg nampak lebih kemas…macam 2 fast 2 furious..

    admin: budget tak cukup kot?

  14. ( April 16th, 2008 , 7:28 am ) khai

    orang muda buat filem.. kira dah cukup bagus la tu untuk orang muda kat malaysia ni.. pasal ikut ayah dia tu, ye la mana tumpahnye kuah kalau tak ke pinggan.. nyum nyum..

    bagi Khai, jalan cerita ni agak best.. dan tanpa berselindung, Khai rasa ingin menonton lagi….

    pstt: tapi jgn sampai ade yang pening sampai termuntah melayan karenah camera dalam cerita ni.. haru biru.. laju semacam sampai x nampak ape yg dia nak tunjuk..

    admin: bab kamera tu mmg memeningkan..

  15. ( April 20th, 2008 , 6:36 am ) SARAH

    boleh tukar link blog tak.blog ni menarik. :wink: saya dah add awk punya blog.http://pc-formula.blogspot.com/

    admin: boleh saje.. terima kasih kerana singgah ke sini ya :wink:

  16. ( April 27th, 2008 , 12:34 pm ) yanzent

    huhuhuhuhu….
    pening siut aku tgk citer nie camera goyang, kalu stakat drift gambo goyang xpe lg….nk gadoh pun gambo goyang….aku rase pangarah nie kaki goyang la….. :mrgreen:

    admin: mungkin pada pendapat pengarah, aksi bergaduh itu di rakam menggunakan kamera handphone

  17. ( April 27th, 2008 , 12:36 pm ) yanzent

    ade lg……citer xabis….kete 1 je hancur……coman2 kasi la 2,3 kete murahan…br nmpk cam best….ini cam taik je….

    admin: tahi bukan taik, taik sudah hina sangat :lol:

  18. ( April 27th, 2008 , 12:40 pm ) yanzent

    ade lg…..kete yg hancur 1 je….dgr kate bajet juta2…kete 1 je hancur….kete lowed masuk bwh lori bkn atas lori….fd bleh terbang ke…..?????actor mude jd tokan….xkene la…cr la yg otai skit br best…..

    admin: kritikan yg menarik :wink:

  19. ( July 2nd, 2008 , 12:31 pm ) HANIS

    hello!!! tak sangke ehk!! crite KL DRIFT begitu gerek sangat!!! crite KL DRIFT nie kalau tengok banyak kali mesti tak JELAK! nie lah KL DRIFT yang sangat BEST sangat!!!!! saye sangat meminati sangat crite KL DRIFT ini!! k lahh….SEE ya!

Komen Anda Dihargai

Note: This post is over 2 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.