Sembunyikan Data Anda
8 Komen Dimasukkan bawah: Blogging — @ Apr 7, 2008
Aku menyembunyikan data aku menggunakan dua cara. Apa yang membuatkan aku ingin berkongsi ilmu ini adalah kerana ia amatlah kuat sehinggakan setelah di’nyahbersih harddisk kau,folder dan fail-fail tersebut tidak dapat dicari lagi (for advanced user to understand).
Pertama sekali, buat folder pertama dinamakan sebagai “rahsia” atau mengikut pilihan kau sendiri di dalam mana-mana harddisk pilihan kau. Masuk ke dalam folder “rahsia” tersebut dan buat lagi satu folder dan namakannya sebagai “rahsia-1” atau mengikut pilihan kau sendiri.
Yang pertama, kau memerlukan perisian Password Protect USB untuk meng’encrypt folder dan fail-fail kau di dalam pendrive ataupun harddisk.
- Install Password Protect USB ke dalam komputer kau.
- Pilih subfolder “rahsia-1” atau nama lain yang telah kau beri tadi. Klik kanan pada tetikus dan pilih Lock with Password Protect USB…

- Selepas itu kau telah berjaya meng’encrypt folder atau fail-fail kau bagi langkah yang pertama.
Langkah yang kedua, kau memerlukan perisian bernama File & Folder Protector untuk menyekat pengguna daripada memasuk atau mengakses folder dan fail-fail kau tadi.
- Install File & Folder Protector ke dalam komputer kau.
- Sila set‘kan dahulu kata laluan untuk program tersebut.
- Pilih folder “rahsia” atau nama lain yang telah kau beri tadi.
- Klik kanan pada tetikus, pilih Protect by > Password with context menus
Ini hanyalah idea aku bagaimana menangani masalah manusia yang rajin melihat harddisk aku ketika ketiadaan aku di pejabat. Jika kau mempunyai cara yang lebih mudah dan berkesan, jangan segan untuk berkongsi sama ya!


8 Komen
cara aku guna archive macam winrar @ winzip. boh password n encrypton dah.
pastu ako rename dia
pastu aku bukak file tu guna wordpad @ editor apa yg leh tgk code dia.
then ako buang 1 key kat situ @ ubh sket.
this way, org dh xle bk file tu n xle encode balik…..
hanya ako je tau key apa yg ako ubah,..ha ha ha ha..

kecuali kalu ako lupa key apa yg ako ubah… hurm…
admin: menarik jugak ni.. tq eims
Aku kalau kat ofis memang aku tak simpan benda2 yang privacy dekat pc. Aku simpan dekat dalam pendrive je. Segala benda yang penting2 aku simpan dalam pendrive aku. Hu3.
admin: dlm pendrive lg la bahaye, kalau pendrive ilang tak ke haru biru.. kes kes kes
terima kasih kongsi maklumat nie
admin: same-same en. azzam
Info bagus!
admin: tq
elok sangat la Uncle surf kat blog nie.. geram gak ade orang selalu tengok kerja yang uncle buat kat opis.. nak sound… bos plak.. heheh.. boleh Uncle download lepas nie
admin: lupe nak beritahu, software ini berbayar
baru baca… berbayar ke? patut arr… tapi aku dah try cara mr.eims.. berkesan gak
admin: yup berbayar, lupa pulak nak masuk dlm post masuk menulis.. tp masih ade penyelesaian walaupun berbayar
aku rase,sofwer “folder lock” agak femes tentang lock bende2 privacy ni…kau boleh cuba..
admin: aku dah cube dah folder lock, masih boleh bypass bila terdapat banyak background process
huhu..
dah lama dah aku cari mende nih..
thnx for sharing!!
admin: no problem
Komen Anda Dihargai