Bumi Semakin Panas?
4 Komen Dimasukkan bawah: Info — @ Jan 25, 2007Ahli-ahli kaji cuaca Amerika Syarikat telah membuat pernyataan bahawa bumi semakin panas sejak tiga dekad, maka era milenium ini sungguh menakutkan dengan keadaan cuaca yang semakin panas
Mengapa fenomena ini berlaku? Berasaskan dalil al-Quran (Surah at-Toriq:11) bermaksud:
“Demi langit yang mengembalikan semula apa yang telah diangkat naik dari bumi.”
Abdullah Ibnu Abbas r.a berkata maksud ‘arraj`u’ ialah ‘as-sahab’ iaitu awan. Di mana awan adalah alat yang menurunkan hujan ke bumi. Manakala ulama falak mentakrifkan langit ialah ruang yang terangkat naik dari permukaan bumi. Maka terjemahan yang lebih mendekati firman Allah SWT ialah: Demi langit yang mempunyai awan-awan yang menurunkan hujan.
Tokoh ahli falak Islam Muhammad an-Najjar berkata: Awan memainkan peranan penting dalam mempengeruhi al-Munhah (Almanac) iaitu cuaca. Adalah amat ditakuti betapa tindakan manusia menjadi sebab awan-awan berubah tabiatnya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah:164 ertinya:
“Peredaran angin dan awan yang tunduk kepada perintah Allah Ta’ala yang mana awan itu terapung-apung di antara langit dan bumi. Angin sebagai pemacu kepada awan-awan manakala awan pula alat pembawa air hujan”
Rasulullah s.a.w bersabda ertinya:
Hujan itu turun dari bawah Arasy kepada langit ke langit sehingga sampai ke langit dunia maka berkumpullah ia di suatu kedudukan dinamakan “al-Ibram” kemudian sampai ia di awan hitam, maka meresaplah ia ke dalam awan kemudian Allah SWT mengagih-agihkan mengikut tempat-tempat yanf dikehendaki.
Yang menjadi tanda tanya ialah hujan terus turun menyirami bumi dan awan terus berarak dipacu oleh angin mengikut ketentuan Allah akan tetapi bumi semakin panas! Adakah angin atau awan yang harus dipersalahkan? Ataupun sudah sampai masanya kata Imam Abu Raihan Al Biruni tokoh ahli falak zaman silam bahawa akan tiba satu masa yang agak lama, air batu di kutub utara dan selatan akan cair dan berlakulah pengaliran air merentasi tanah Arab lalu membentuk sungai di dua Tanah Haram Makkah dan Madinah. Maka tumbuh-tumbuhan akan menghijau di dua Tanah Haram Makkah dan Madinah termasuk Padang Arafah?
Sesungguhnya Allah Yang Maha Megetahui apa yang akan berlaku akan datang…
Petikan diambil dari Majalah Buletin Majlis keluaran Oktober - Disember 2006
Tags: hujan, pemanasan global, kiamat


4 Komen
… hari kiamat yang pasti tu .. semakin hampir..
….rasa seram pula..
ye..tengok la KL sekarang pong.. tak tahan je..
dalam dokumentari, cakap sistem refrigerator bumi dah rosak. nanti hemisfera atas akan jadi sejuk gle dan hemisfera bawah jadi panas. astro beb…
eheheh kat arab po dah ader tumbuhan hijo ehehh tapi kerajaan arab yg buat eheh
Komen Anda Dihargai